PERBINCANGAN ( 2 )This is a featured page


ADAB DENGAN IBU BAPA DAN ORANG TUA

Remaja kini sesetengahnya mampu berdiri sendiri dan ada kalanya mencapai kejayaan yang sangat membanggakan. Namun demikian dalam kegembiraan dan kenikmatan hidup serta pengaruh faktor luar menyebabkan sesetengah remaja kini mula mengabaikan adab dan sikap menghormati orang tua. Ada antara adab mulia dahulu dilupakan hingga kini yang suka meninggikan suara kepada ibu bapa dan juga orang tua.Ada juga dikalangan remaja malah dewasa yang memukul ibu bapa sendiri dan sanggup meninggalkan ibu bapanya di rumah orang tua. Apakah yang telah jadi pada kemanusiaan dan tanggungjawab kita jika mereka yang lebih dahulu hidup dari kita dan mereka yang menanti tamat umurnya serta menjaga kita dari kecil lagi diperakukan sebegitu?Remaja sekarang ini amat moden dan cuba meniru budaya luar hingga kadang-kadang meletakkan ibu bapa sebagai kolot.Apakah pendapat kawan2? apakah puncanya? macam mana nak atasinya?



fizie_9834
fizie_9834
Latest page update: made by fizie_9834 , Aug 27 2007, 9:07 AM EDT (about this update About This Update fizie_9834 Edited by fizie_9834


view changes

- complete history)
Keyword tags: IBU BAPA
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Abdullah_alfatih Dalang kepada Masalah Keruntuhan Akhlak Anak2 0 Feb 26 2008, 3:00 AM EST by Abdullah_alfatih
Thread started: Feb 26 2008, 3:00 AM EST  Watch
Masalah keruntuhan akhlak dan tidak menghormati ibubapa sebenarnya berpunca daripada institusi kekeluargaan itu sendiri.
Apabila ibubapa tidak memahami peranan sebenar mereka maka anak2 yg terhasil akan mendatangkan masalah pada suatu masa akan datang. Ibubapa terlalu manjakan anak2, memberi segala kemudahan tanpa memikirkan natijahnya pada masa akan datang dan masalah yang paling penting adalah masalah didikan. Ibubapa terlalu mengharapkan sekolah untuk mendidik anak2 mereka hingga lupa peranan mereka yang sebenarnya.
Didikan paling utama adalah didikan agama. Salah satu tujuan Islam adalah untuk membentuk akhlak mulia dan sebagai satu cara hidup. Apabila agama diterap ke dalam diri anak2 maka hasilnya adalah ibarat kata pepatah melayu, benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ketanah menjadi hutan. Apabila agama sudah berdamping dalam diri maka kita tidak perlu risau lagi untuk melepaskan anak2 dari jagaan kita. Kemana pun meraka pergi, dengan siapa pun mereka berkawan, kita tidak perlu risau kerana agama sudah ada sebagai guide dan kita juga tidak perlu risau pada masa akan datang, anak2 yang beriman dan berakhlak mulia tidak akan membiarkan ibubapa mereka di rumah orang tua.
Namun yang menjadi masalah adalah apabila Ibubapa sendiri tidak mengambil agama sebagai cara hidup atau dengan lebih tepat tidak mengendahkan agama. Bagaimana kita inginkan anak2 yang beragama? Maka fikirkan bersama siapa dalang disebalik masalah ini.
4  out of 4 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: IBU BAPA (edit keyword tags)
nur_puteri ke mana hilangnya?? 0 Sep 4 2007, 5:47 AM EDT by nur_puteri
Thread started: Sep 4 2007, 5:47 AM EDT  Watch
perkembangan dunia hari ini memberikan banyak kesan negatif kepada negara kita. salah satu daripasanya adalah terhakisnya nilai2 murni dan adab2 yang telah diwarisi sejak berkurun lama dulu.penerapan budaya kuning dan budaya luar yang dibawa masuk secara tidak langsung terutamanya dalam dunia hiburan merupakan antara punca yang menyebabkan terjadinya hakisan nilai2 murni dalam diri remaja dan anak-anak pada hari ini. maka, adab yang telah siwarisi dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi semakin terhakis dari sehari ke sehari sehingga menyebabkan dianggap ebagai kolot san tidak releven lagi untuk zama yang serba canggih dan serba moden ini. hiburan melampau yang dibawa masuk daripada negara barat terutamanya banyak menyumbang kepada kerosakan akhlak dan nilai2 murni yang sepatutnya ada pada seorang anak terhadap ibu bapa mereka. remaja hari ini tidak lagi menghiraukan adab-adab yang perlu dipatuhi terhadap ibubapa mereka. sebaliknya ibubapa pula perlu mengikut telunjuk anak2 mereka.. apa nak jadi dengan dunia hari ini?? wajarkah situasi ini berlaku dalam institusi kekeluagaan di negara kita?? inilah budaya baru melayu moden pada hari ini?sama-sama kita fikirkan....
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
ina_84 didikan 0 Aug 29 2007, 3:06 AM EDT by ina_84
Thread started: Aug 29 2007, 3:06 AM EDT  Watch
anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa. didikan ibu bapa yang menetukan corak hidup anak-anak. mereka umpama kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa itu sendiri. kebanyakan ibu bapa sekarang yang kurang memberi penekanan dalam kaedah mendidik anak-anak yang terbaik. kenapa pada zaman dahulu anak-anak sangat menghormati ibu bapa dan guru tetapi zaman sekarang berubah. kita perlu lihat dan kaji dengan lebih teliti tentang kekurangan ibu bapa sekarang dengan didikan ibu bapa pada masa dahulu.
1  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 3 threads for this page

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on Wetpaint Central.)