Sign in or 

|
fizie_9834 |
Latest page update: made by fizie_9834
, Oct 29 2007, 3:31 AM EDT
(about this update
About This Update
view changes - complete history) |
|
Keyword tags:
None
More Info: links to this page
|
| Started By | Thread Subject | Replies | Last Post | ||
|---|---|---|---|---|---|
| umieana_z | matlamat utama... | 0 | Nov 4 2007, 11:36 PM EST by umieana_z | ||
|
Thread started: Nov 4 2007, 11:36 PM EST
Watch
salam alaik... keluarga bahagia adalah impian setiap insan. namun, mengapa ada keluarga yang bukan borak peranda tapi, kurang bahagia... kebahagiaan itu adalah anugerah Allah kepada hambaNya. bila Dia turunkan ujian pada hambaNya, bermakna Dia tahu hambaNya itu kuat untuk berhadapan dengan ujian tersebut. untuk membina keluarga bahagia, ia bermula dari langkah pertama iaitu mencari teman hidup. berapa banyak langkah pun yang dilalui, tujuan utama yang ditanamkan dalam hati adalah penting. jika berteman kerana Allah, untuk mencapai matlamat yang diredhai, insyaAllah, ia akan diberkati. bukanlah kata yang tak bahagia itu tak diberkati, tapi itu ujian dari Yang Maha Kuasa untuk hambaNya yang disayangi. sekian...wassalam...
|
|||||
| nur_puteri | membina keluarga yang bahagia | 0 | Sep 4 2007, 6:08 AM EDT by nur_puteri | ||
|
Thread started: Sep 4 2007, 6:08 AM EDT
Watch
setiap insan yang lahir di dunia ini semestinya mendambakan sebuah keluarga yang bahagia..suami sebagai pemimpin keluarga, isteri sebagai pembantu suami dan anak-anak sebagai pengikat cinta dan kasih sayang antara suami isteri sekaligus melengkapkan kehidupan berkeluarga. alangkah indahnya hidup ini andai dapat mengecapi bahagia di alam rumahtangga.. namun, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. jika dilihat dalam akhbar dan media massa, ramai di kalangan isteri dan anak2 menjadi mangsa keganasan dalam rumahtangga seperti penderaan fizikal dan emosi, tidak memberi nafkah, dan sebagainya. hal ini dikatakan berpunca daripada matlamat asal perkahwinan yang telah terpesong daripada landasannya iaitu hanya ingin memuaskan nafsu semata2 tanpa bersedia menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan dalam perkahwinan. hal ini sekaligus mendorong berlakunya kepincangan dalam rumahtangga dan serta tidak hairanlah jika jumlah penceraian yang berlaku pada masa kini adalah pada angka yang sangat membimbangkan. pada pendapat saya, sebelum melangsungkan sesebuah perkahwinan perlu ada matlamat yang sama dengan pasangan bagi membolehkan suami iateri melayari bahtera rumahtangga menuju ke arah matlamat tersebut. selain itu, dalam membuat pemilihan calon, berpeganglah kepada panduan yang telah diberikan oleh rasullullah dalam memilih bakal suami dan bakal isteri. ini adalah penting dalam menentukan kebahagiaan sesebuah rumahtangga yang bakal dibina nanti. sebaiknya kenali pasangan kita dan selidiki secara terperinci terutamanya mengenai hubungannya dengan ibu bapanya dan ahli keluarganya..
|
|||||
| aleh | keluarga bahagia | 0 | Sep 4 2007, 3:39 AM EDT by aleh | ||
|
Thread started: Sep 4 2007, 3:39 AM EDT
Watch
keluarga bahagia memerlukan keikhlasan kedua-dua pihak, iaitu pasangan suami dengan isteri. namun demikian, kita sering melihat berita penderaan suami terhadap isteri di media massa kini. pada pendapat saya, situasi sedemikian berlaku disebabkan kita sendiri belum mengenali pasangan kita dengan sepenuhnya. sebelum kita mengambil keputusan untuk menjadikan mereka sebagai suami atau isteri kita, kita perlulah memahami mereka sedalam-dalamnya terlebih dahulu. jurang perbezaan sifat dan cara hidup kadang-kala mengundangkan pelbagai masalah dan pertelingkahan. oleh itu, sebelum berkahwin, cuba sesuaikan diri dengan sifat dan cara hidup pasangan kita, seterusnya cuba mengubah sifat buruk diri supaya tidak terbawa-bawa ke dunia perkahwinan. apa yang paling penting, bertolak-ansur dalam hubungan keluarga cukup penting menjamin kebahagian keluarga seumur hidup.
|
|||||