PERBINCANGAN ( 4 )This is a featured page


MENGURUS TEKANAN DAN MASALAH

Dunia kini penuh cabaran, peningkatan taraf hidup menyebabkan manusia kadangkala tertekan untuk menurut keperluan dunia untuk terus hidup, peningkatan taraf seperti harga barang, persepsi masyarakat, kelulusan. Mampu memberikan tekanan kepada manusia khusunya remaja yang masih tercari-cari haluan hidup. Tidak hairanlah berita-berita memaparkan remaja yang membunuh diri sendiri kerana tidak berupaya mengurus tekanan dan memikirkan cara menyelesaikan masalah. Apa pendapat kawan-kawan?




fizie_9834
fizie_9834
Latest page update: made by fizie_9834 , Oct 29 2007, 3:33 AM EDT (about this update About This Update fizie_9834 Edited by fizie_9834


view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
umieana_z setiap manusia ada cara berbeza 1 Jun 20 2009, 2:48 PM EDT by Anonymous
Thread started: Nov 4 2007, 11:23 PM EST  Watch
salam alaik...masalah dan tekanan adalah perkara yang akan dihadapi oleh setiap individu. tapi yang berbezanya cara individu itu mendefinisikan masalah dan tekanannnya. perkara inilah yang dijadikan cara untuk menyelesaikan masalah mereka. kalau individu itu menanggap masalahnya dari sudut positif, maka positiflah cara dia menyelesaikan masalahnya. macam tulah sebaliknya. banyak situasi, masalah yang sama dihadapi oleh individu berbeza. sudah pasti cara penyelesaiannya juga berbeza. apa pun tekanan dan masalah yang berlaku, kita perlu semak semula puncanya. mungkin ia datang dari diri sendiri atau mungkinkah dari orang lain atau persekitaran sekeliling. bila tahu punca, barulah boleh fikir cara penyelesaian. jangan cepat menyalahkan oran lain. kadang-kadang kita tak sedar kita adalah pencetus masalah dan tekana. yang penting sentiasalah muhasabah diri....sekian.....
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply
Abdullah_alfatih Rahsia menghadapi tekanan melalui Sirah an-nabawiyyah. 1 May 26 2009, 9:57 PM EDT by Anonymous
Thread started: Feb 26 2008, 2:31 AM EST  Watch
Saya mulakan perbincangan dgn lafaz basmalah.
Tekanan adalah suatu item wajib dalam kehidupan. Baik manusia mahupun binatang, semuanya tak terlepas dari tekanan. Persoalannya bagaimana kita menguruskannya.
Adakah dengan mencari ketenangan mampu mengatasi tekanan? Sebenarnya tidak juga. Mungkin kita tenang tetapi tekanan tetap ada dalam diri kita. Cara yg terbaik adalah melalui persepsi dan tanggapan.
Apabila anda menganggapnya suatu bebanan maka anda akan mewujudkan tekanan dalam diri anda.
Contoh terbaik adalah Rasulullah s.a.w, baginda antara nabi-nabi yang menghadapi ancaman dan tekanan yang hebat (ulul azmi). Tetapi bagaimana baginda mampu tenang ketika menghadapi setiap tekanan tersebut. Rahsianya adalah zikrullah. Sememangnya zikrullah itu mendatangkan ketenangan namun di sebalik zikrullah itu juga terdapat sesuatu yang mampu mengubah persepsi Rasulullah s.a.w iaitu lillahi taala (semata-mata kerana Allah taala). Setiap perbuatan baginda adalah semata-mata untuk kekasih baginda (Allah taala).
Saya kisahkan kepada anda kisah Rasulullah mengajak Abu Jahal masuk Islam sebagai contoh.
Suatu malam yang sangat dingin dan sejuk di rumah Abu Jahal telah menyebabkan Abu Jahal berkata di dalam hatiya " Malam ini sangat sejuk sekali, barang siapa yang datang ke rumah ku kerana suatu hajat, pasti aku tunaikan hajatnya. Kerana tiada siapa pun akan keluar rumah pada cuaca begini melainkan orang itu benar2 berhajat kepadaku."
Tiba-tiba pintu rumah Abu Jahal di ketuk orang. Abu jahal terus membukanya dan mendapati Rasulullah s.a.w berada didepannya.
"Kau mahu apa hai Muhammad"
'Masuklah Islam wahai Abu Jahal"
'Tidak, jgn kau datang lagi kerumahku ini atau aku bunuh kau"
Rasulullah pulang tetapi baginda tetap tidak berputus asa. Malam seterusnya baginda datang lagi.
Moralnya,Rasulullah tetap tidak berhenti dari mengajak Abu jahal masuk Islam walaupun diancam kerana tindakan baginda adalah kerana Allah.
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply
ina_84 pengurusan tekanan 0 Nov 1 2007, 6:26 AM EDT by ina_84
Thread started: Nov 1 2007, 6:26 AM EDT  Watch
dalam kehidupan seharian, menghadapi masalah adalah normal. masalah juga akan dapat mematangkan fikiran. walau pun masalah menimbulkan tekanan, namun tekanan boleh diatasi dengan mencari ketenangan diri. ketenangan diri boleh diperoleh dengan cara yang tersendiri, terpulang pada individu. salah satu cara untuk mencari ketenangan ialah mendekatkan diri dengan agama. membaca al-quran selepas sembahyang sudah cukup memberi satu ketenangan tidak diperoleh dari cara lain. cubalah.....
1  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 3 threads for this page